in

11 tahun menanti, Siti Nurhaliza lahirkan anak pertama berjenis kelamin perempuan

11 tahun menanti, Siti Nurhaliza lahirkan anak pertama berjenis kelamin perempuan

Setelah belasan tahun menanti, akhirnya kebahagiaan yang tak terkira dirasakan oleh Siti Nurhaliza. Diva top Malaysia itu akhirnya dikaruniai anak pertamanya hasil hubungannya dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti Nurhaliza melahirkan anak pertamanya yang berjenis kelamin perempuan pada Senin (19/3) sekitar pukul 08.17 pagi waktu setempat.

Kabar bahagia itu sendiri diumumkan di akun Instagram resmi milik pelantun lagu ‘Cindai’ itu oleh asistennya yang bernama Rozi Abdul Razak.

“Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus”

Postingan itu pun dipenuhi komnetar dari para netizen yang memberikan ucapan selamat atas kelahiran anak pertamanya yang telah dinantinya selama kurang lebih 11 tahun.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *